I Like You The Best
Dah jumpa blog ni kan ? So , apa lagi . Follow la ! :D | Dashboard | +Follow
SAYANGNYA HAIWAN SESAMA HAIWAN
Sunday, 22 January 2012 | 10:34 | 0 comments

Tadi pergi aku pergi makan roti canai dengan member aku dalam pukul 3 pagi . Tengah aku makan , aku tengok tv yang ada kat situ . Masa tu program tentang haiwan . Tak silap aku tajuk dia NAT-GEO WILD . Pasal Big Cat Odyssey . Tertarik pula aku dengan cerita tu . Aku terkejut sebab masa tu ada seekor anak monyet ni tak ada mak bapak . Aku tak tau lak apa sebab dia . Yang aku terkejut lagi masa tu , ada seekor harimau bintang datang dekat dengan anak monyet tu . Aku ingat dia nak makan anak monyet tu . Rupa – rupanya tak . Dia gigit leher anak monyet tu bawa ke dahan pokok yang lebih tinggi . Rupa – rupanya dia nak selamatkan anak monyet tu . Dari situ aku dapat tau kenapa dia selamatkan anak monyet tu . Sebab ada seekor Dubuk ni dah usha anak monyet tu daripada jauh . Tapi datang harimau bintang ni selamatkan anak monyet tu . Subhanallah , aku tak terkata apa – apa masa tu sebab yang kita tau harimau bintang ni karnivor . Lepas dia selamatkan , dia jaga anak monyet tu sampai anak monyet tu boleh cari makanan dia sendiri . Lihat betapa hebatnya Allah meletakkan perasaan sayang pada harimau bintang tersebut untuk dia selamatkan anak monyet tu . Aku jadi kagum . Rupa – rupanya ilmu yang kita ada ni cetek . Banyak lagi yang kita tak tau kat luar sana . Ilmu kita ni umpama setitik air dalam lautan . Sikit sangat . Oke , apa aku melalut ni pun aku tak tau . Balik pada topic aku nak cerita tadi . Di sini kita tau bahawa haiwan ni sangat sayangkan anak – anak dia . Dan Maha Suci Allah , walaupun mereka ni berlainan spesies , tapi mereka tetap ada rasa tanggungjawab pada haiwan lain . Sedangkan manusia hari ini pun kita tak tau nak cakap macam mana lagi dah . Nak kata manusia , fizikal memang manusia , Nak kata haiwan , tak ada pulak macam haiwan . Dengan kes rogol anak sendiri , penindasan , hasad dengki sebab berbeza warna kulit dan bangsa . Sedangkan haiwan pun tak macam tu . Walaupun berlainan rupa , apatah lagi spesies yang sangat berbeza , mereka tetap ada rasa kasihan dan sayang . Seolah olah mereka ni macam ada akal untuk berfikir .Manusia hari ni yang Allah bagi otak pun tak boleh nak fikir macam haiwan  , budak kecil pun sanggup rogol . Mungkin dunia ni nak kiamat agaknya .

p/s : sedih dengan umat manusia zaman sekarang L

|
Owner yang Awesome !

Facebook | Twitter
Muhammad Fitri Bin Zulkalam . 8 April 1993 .

Tinggalkan Jejak Anda Di Sini :D

Klik Untuk Tumbesaran Sihat ;)

Me My World Entries
The Real Me

Name : Muhammad Fitri Bin Zulkalam
Nick name : anything you want to call me !
Birth Date : 8 April 1993
Birth Place : Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru
Age : Almost 20 :D
Stay at : Johor Bahru
Religion : Muslim
Study at :
• Tadika Sinar
• SK Taman Rinting 1
• SMKA Bandar Penawar
• SMK Seri Alam 2
• Politeknik Kota Bharu
Fav Foods : My mom hand-made :D
Fav Drinks :Coke

BBPin :2A372CF2

Additional Info
Ehem ! Ehem ! Assalamualaikum pada semua pengunjung blog saya yang tak berapa ramai . * sedih * Yela , blog ni jarang sangat update kan . Post pun tak menarik . Ehh , apa aku melalut ni . Haha . Okay , ini adalah sedikit sebanyak berkenaan diri saya yang tak berapa nak awesome ni :P Nama diberi Muhammad Fitri Bin Zulkalam . Sekali lagi saya ulang , MUHAMMAD FITRI BIN ZULKALAM . Saya ni orang mana ? Of course la saya orang Malaysia . Ahaks ~ Secara lebih terperincinya lagi , saya orang Johor . Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 8 April 1993 . Tarikh tu sama dengan birthday Sultan Johor taw . Tapi dah mangkat dah pun :D Apa lagi ek ? Jenis ceria , suka meng'anjing' orang lain . Tapi cepat terasa . Haha . Ramai orang kata saya ni macam perempuan . Betul ke ? Saya rasa tak la . Sebab saya jalan pun bukan macam sotong . Bukannya tangan saya tu terliuk sana , terliuk sini . Eeeuuuww ! Haha . Cuma saya minat aksesori yang bersifat keperempuanan . Macam warna pink , keychain handset . Itu je . Sebab benda tu comel right ! Haha :D Saya merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik . Dan yang paling istimewanya , semua LELAKI ! Mama saya sorang je yang perempuan . Haha . Habis riuh satu rumah . Haha . Saya rasa tu je kot yang saya boleh cerita . Kalau ada pape nak tanya , add je Facebook . Follow Twittter and blog ni . And tak lupa add my BBpin k , 2A372CF2 . Bubbye :D
I'm Nothing without Them

My Parents | BestFriend Forever (Anyys)| BestFriend Forever (Sya) | BBM Friends :D

| Newer Post